Wednesday, January 25, 2012

Aku kini seorang pembawa HIV

Tarikh 7/12/2011, tarikh yang tak akan aku lupakan sampai aku mati, atau lebih sesuai jika aku cakap tarikh aku mati. Bernyawa, berjasad, tapi semangat aku mati.

Dari beberapa hari yang lepas, aku dapat rasa badan seperti mula mereput. Aku penat, aku tak larat, aku cuma boleh tahan 10 minit di gym. Aku sakit - sakit sendi tanpa sebab. Aku tak dapat tahan, badan naik merah- merah.

Tak tahu bagaimana, aku bangun satu pagi, aku terpanggil untuk buat HIV test. Test yang tak pernah aku fikir sebelum ni, aku tak pernah terfikir aku perlu buat test ini. Sejarah hidup aku atas sifat ingin cuba aku dahulu buat aku terpanggil untuk test ini. .

Pagi - pagi lagi aku ke klinik kerajaan, aku mahu cepat habis. Aku mahu masuk kerja half day, banyak kerja tinggal dekat ofis. Macam - macam perkara terlintas dalam kepala, aku cuba fikir positif, aku tahu something wrong dengan badan aku. Tapi bukan HIV, aku cuba yakin. Tapi mimpi ngeri akhirnya jadi kenyataan, "awak positif" kata doktor.

Aku pucat, aku terkejut, aku cuba buat cool. tanpa sedar air mata aku mengalir. Aku tak dapat terima. Tapi ini kenyataan, semua persoalan kenapa aku mudah sakit kini terjawab. Tapi kenapa aku? Kenapa aku boleh dapat!! Kepala aku gelap, dunia aku gelap. Semua yang aku plan untuk masa depan aku semua macam dah musnah. Aku tak boleh berkeluarga macam orang lain!, aku tak boleh ada property!, aku tak boleh plan career aku! Gym? buat apa lagi nak ke gym. Lama-lama kau jadi tengkorak hidup juga! Semuanya macam musnah, aku hidup untuk tunggu mati. Lama lagi.. 10 tahun jer

Hari - hari berlalu, aku masih rasa semua macam mimpi. Mujur aku ada rakan yang boleh aku kongsi semua ini, paling kurang aku dapat sedikit dorongan dan semangat.

Aku tekad buang hidup aku yang memang aku dari awal aku tidak dapat terima dan benci. Tapi aku manusia, aku buat salah yang aku tahu salah.

Aku cari balik hidup yang aku tinggal, aku dekatkan diri dengan tuhan, yang lama aku tinggalkan, Hanya tuhan dapat bagi aku semangat, aku tak kuat nak hadapi semua ni.

Hanya dengan tuhan aku tenang. . .Astagfirullah alazim.

1 comment:

Aku Makhluk Tuhan said...

kuatkan semangat bro....lain manusia lain cara penerimaan...
..semoga Allah memberi kekuatan kepada kamu...