Sunday, January 29, 2012

Selepas sebulan sebagai pesakit HIV

Selepas sebulan sebagai seorang pesakit hiv, atau lebih tepat sebenarnya dah hampir sebulan setengah. Pada mulanya memang rasa sedih sangat, maklumlah bila dapat tahu aku pembawa hiv, aku dapat tahu pun tak ikut standard prosedur.

Pada pembacaan aku, sepatutnya kena ada test yang kedua, sesi kaunseling dan sebagainya dan ubat antibiotik untuk tahan sakit. Tapi bagi kes aku semua itu tak ada, aku terpaksa deal semuanya sendiri. Dalam seminggu aku sedih dan menangis, sampai satu tahap air mata aku kering..Tapi aku kuatkan semangat dan diri aku untuk research sendiri hiv di internet dan bawa aku kepada blog yang padat dengan info seperti http://akuhivpositif.blogspot.com

Aku cari punca dan penyebab, walaupun punca memang jelas pada aku, mungkin memang ini balasan pada aku. Walaupun aku bukan sebebas dan seliar mana, aku ada mengamalkan hidup yang berisiko. Cuma tak seperti yang lain aku tidak cenderung kepada perkara - perkara berisiko ini,  aku cuma cuba kerana rasa ingin cuba sahaja, tetapi aku masih dapat sakit ini. Ini ketentuan.

Memang aku rasa aku hina. Bukan saja berdepan dengan stigma masyarakat bila tahu kita pembawa hiv, tapi aku yakin masyarakat tidak akan ada rasa belas kasihan dengan kenapa aku boleh dapat sakit ini. iaitu melalui sex. Sebab aku tahu, kita manusia, kita dilahir berakal dan berfikir, samada negatif atau positif.

Aku sendiri rasa aku hina dan kotor.

Padan muka aku, kini semua masa depan aku gelap. Aku tak simpan apa-apa azam lagi. Semua macam dah lepas, niat berkeluarga, berkejaya, berjaya dan kumpul harta dah tiada lagi.

Apa yang aku boleh buat cuba jadikan short term impian aku sebelum aku sakit menjadi kenyataan sebelum aku habiskan sisa-sisa hidup aku yang tinggal...aku mungkin tidak boleh hidup lama, 35 atau lebih awal.
Aku perlu guna kan waktu ini sebaik baiknya, life is too precious to be wasted.

Dalam jangka masa ini, aku baru saja jumpa doktor pakar baru-baru ini kali pertama. Alhamdulillah tamat 2 minggu antibiotik medication untuk aku. Hope medication ini dapat elakkan aku dari dapat penyakit yang buat aku hilang punca pendapatan aku, aku tak suka susahkan orang lain. Dalam jangkamasa ini juga aku masih dalam keadaan separuh sedar, aku belum dekati mana mana komuniti sokongan hiv lagi, Aku masih belum bersedia.

Tapi Alhamdulillah, aku mula redha ada penyakit ini.. cuma harapan aku masih ada peluang dan waktu untuk aku...

No comments: